
CANGGIH MEGA SALE BACK TO SCHOOL 2024
Feb 14 - 2024
TERMA DAN SYARAT KEMPEN CABUTAN BERTUAH CANGGIH
2024
1. Tempoh kempen bermula
01 Disember 2023 sehingga 16 Mac 2023.
2. Terbuka kepada semua
pelanggan Canggih yang membuat pembelian atau penebusan BARANGAN
SEKOLAH JENAMA CANGGIH dengan nilai RM 150 ke atas di dalam satu resit.
3. Pelanggan boleh membuat pembelian
atau penebusan di seluruh pasaraya di Malaysia, Rakan Niaga Canggih Go dan/atau
secara atas talian di TikTok Shop @canggihmalaysia dan www.schoolmall.com.my sahaja.
4. Resit pembelian hendaklah disimpan dan anda perlu menghantar gambar resit di ‘Google Form.’ (https://bit.ly/3Gnk4H5) Rujuk poster kempen untuk imbas kod QR yang disediakan.
5. Pelanggan perlu membuat satu kandungan video/gambar di media sosial dan kongsikan pautan kandungan anda kepada Canggih di ‘Google Form.’ (https://bit.ly/3Gnk4H5) Rujuk poster kempen untuk imbas kod QR yang disediakan.
6. Pemenang akan diumumkan secara
langsung di Tik Tok Live @canggihmalaysia pada 25 Mac 2023.
7. Pemenang akan dimaklumkan melalui
panggilan telefon atau kaedah penyampaian lain yang bersesuaian.
8. Canggih berhak membatalkan sebarang penyertaan tanpa
sebarang notis, sekiranya didapati pelanggan tidak layak dan tidak mengikut
terma dan syarat yang telah ditetapkan.
9. Keputusan pemenang yang diumumkan
oleh Canggih adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat, pertanyaan,
rayuan, bantahan atau apa-apa cubaan untuk mempertikaikan keputusan adalah
tidak akan dilayan bagi mana-mana situasi.
10. Canggih boleh menggunakan penyertaan pelanggan
dengan/termasuk tanpa terhad kepada video, gambar, teks atau maklumat lain yang
dikemukan untuk tujuan promosi (secara kolektif dinamakan ‘Bahan’) dan nama
pelanggan untuk tujuan pengiklanan, publisiti dan promosi mana-mana barangan
atau perkhidmatan Canggih untuk tempoh tidak terhad di seluruh dunia
tanpa pampasan dan dalam mana-mana media. Pelanggan hendaklah melakukan segala
perkara yang perlu untuk tujuan ini jika diminta oleh Canggih.
11. HADIAH KEMPEN
PEMENANG |
HADIAH |
BILANGAN PEMENANG |
GRAND PRIZE |
Motorsikal |
1 Pemenang |
UTAMA |
Basikal |
1 Pemenang |
KEDUA |
Komputer Riba |
1 Pemenang |
KETIGA |
Tablet Android |
1 Pemenang |
KEEMPAT |
Telefon Pintar Android |
1 Pemenang |
SAGUHATI PERTAMA |
Baucar Canggih RM 100 |
50 Pemenang |
SAGUHATI KEDUA |
Baucar Canggih RM 50 |
50 Pemenang |
12. Hadiah yang dimenangi tidak boleh ditukar atau
dipindah milik sama ada sebahagian atau keseluruhannya kepada bentuk tunai atau
lain selain yang ditetapkan oleh Canggih.
13. Canggih akan melantik syarikat pembekal bagi urusan
pembekalan dan penghantaran hadiah yang berbentuk kenderaan kepada pemenang.
Kaedah pembekalan dan penghantaran akan ditentukan berdasarkan budi bicara
mutlak Canggih dari semasa ke semasa.
14. Pemenang bersetuju dan memberi kebenaran kepada
Canggih untuk berkongsi maklumat mereka kepada syarikat pembekal bagi
tujuan pembekalan dan penghantaran hadiah dalam bentuk kenderaan.
15. Canggih tidak memberi sebarang representasi atau
jaminan berkenaan dengan kualiti dan/atau kesesuaian hadiah dan tidak akan bertanggungjawab
untuk menggantikan sebarang hadiah yang hilang, dicuri atau cacat disebabkan
kecacatan bahan atau buatan oleh syarikat pengeluaran di bawah tempoh jaminan
atau sebaliknya. Pemenang perlu berurusan terus dengan pihak pembekal bagi
maklumat jaminan atau tuntutan (sekiranya ada) tanpa membabitkan Canggih.
16. Pemenang hendaklah bertanggungjawab ke atas
cukai, kadar, kos insurans atau apa-apa caj yang boleh dikenakan terhadap
mereka di bawah undang-undang , jika berkenaan.
17. Jika hadiah yang dimenangi tidak dapat
diperolehi atas apa jua sebab, Canggih berhak menggantikan hadiah
tersebut dengan hadiah yang lain yang sama nilai dengan hadiah yang dimenangi
dengan memberikan notis kepada pemenang yang layak sekurang-kurangnya empat
belas (14) hari. Kaedah pemberitahuan ini boleh dilakukan secara bertulis atau
melalui aplikasi WhatsApp.
18. Pemenang hendaklah bertanggungjawab ke atas
apa-apa caj yang boleh dikenakan terhadap mereka di bawah undang-undang, jika
berkenaan.
19. Pemenang perlu menanggung semua kos tuntutan serta
pengangkutan hadiah dan kehadiran ke majlis penyampaian hadiah, jika berkenaan.
20. Hadiah perlu dituntut oleh pemenang dalam
tempoh TIGA (3) BULAN dari tarikh cabutan. Pihak Canggih
tidak akan melayan sebarang tuntutan selepas tamat tempoh tersebut.
21. Sekiranya pemenang telah meninggal dunia, waris
yang sah boleh menuntut hadiah dalam tempoh TIGA (3) BULAN dari tarikh
cabutan.
22. Pemenang atau warisnya adalah dianggap telah
melepaskan hak mereka jika gagal menuntut hadiah dalam tempoh yang ditetapkan.
23. Bagi pemenang ‘Grand Prize’ iaitu motorsikal,
bagi tujuan pemindahan hakmilik, pemenang perlu berumur 18 tahun ke atas dan
jika masih belum berumur 18 tahun, hak milik tersebut akan dipindahkan ke ibu
bapa atau penjaga pemenang.
24. Jika pelanggan didapati tidak memenuhi
syarat-syarat untuk mengambil bahagian dalam kempen ini atau menebus hadiah
yang diberikan, Canggih berhak untuk membatalkan atau mengambil semula
hadiah dan menganugerahkan hadiah yang sama kepada pelanggan yang lain
sebagaimana yang ditentukan oleh Canggih.
25. Canggih mempunyai hak mutlak untuk meminda tempoh
serta syarat kempen ini dengan memberikan notis melalui pemberitahuan dalam
media sosial @canggihmalaysia.
26. Kempen ini TIDAK LAYAK
disertai oleh kakitangan Canggih (merangkumi pasangan dan anak-anak).
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi melalui aplikasi Whatsapp teks sahaja di 012-513 9219 (Isnin-Jumaat 9am-5pm (Hari Bekerja, kecuali Sabtu, Ahad dan Cuti Umum).